Kedai Tukar Cermin Kereta

Adakah anda mencari pakar cermin kereta dipercayai di sekitar kawasan Setapak? Jika jawapan anda adalah ya, maka NS Auto Glass sepatutnya menjadi pilihan utama anda. Kami sememangnya arif tentang proses penukaran cermin kenderaan yang memerlukan ketelitian rapi dari segenap sudut demi memastikan hasil terbaik untuk para pelanggan kami. Tidak dapat dinafikan, mesti ada di antara anda beranggapan bahawa menukar cermin kereta merupakan sesuatu yang agak mahal terutamanya apabila faktor harga diambil kira. Sebenarnya ini merupakan suatu bentuk pelaburan yang amat berbaloi kerana keselamatan anda semasa memandu di atas jalan raya sudah tentu akan lebih terjamin tanpa sebarang ancaman terhadap darjah penglihatan untuk jangka masa panjang.

Mengapa Pilih Kami

Nilai Untuk Wang

NS Auto Glass merupakan antara kedai tukar cermin kereta di Kuala Lumpur dengan kadar bayaran yang berpadanan dan setimpal dengan hasil yang diberikan. Menarik, bukan?

Perkhidmatan Bermutu

Kami mempunyai pasukan pakar cermin kereta yang mempunyai pengalaman dalam hal menukar cermin kenderaan tak kira sama ada cermin hadapan ataupun cermin pintu. Getah dan acuan cermin juga kami boleh tukarkan untuk anda.

Servis Tambahan

Anda juga boleh mengunjungi NS Auto Glass untuk mendapatkan bantuan perundingan profesional dan khidmat pemasangan cermin gelap. Selain itu, kami turut sedia untuk menolong jika anda ingin memperbaharui cukai jalan.

Capaian Polisi Insurans

Sekiranya anda perlu menggunakan perlindungan insurans bagi menampung perbelanjaan proses penukaran cermin, pihak kami juga boleh menguruskan tuntutan insurans tersebut serta memperbaharui bagi pihak anda.

Pakar Cermin Kereta

Jika anda masih tercari-cari kedai tukar cermin kereta terbaik di Lembah Klang pada masa ini, buang sahaja rasa risau tersebut! Di NS Auto Glass, kenderaan anda akan diuruskan dengan baik kerana kami memahami bahawa hasil yang memuaskan mampu dicapai. Kami beroperasi di Jalan Pahang, Setapak pada setiap hari kecuali Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain itu, mereka yang menetap di sekitar Titiwangsa dan Setiawangsa juga boleh menggunakan perkhidmatan kami.