Kedai Baiki Cermin Kereta
Sejak awal lagi, NS Auto Glass sentiasa komited menjadi kedai baiki cermin kereta terbaik pilihan anda. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah perlu untuk membaiki cermin kenderaan, dan hanya mengalami keretakan yang sedikit, serta tidak begitu ketara pada pandangan kasar. Tetapi, proses baik pulih perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan tersebut daripada menjadi lebih besar. Dengan menggunakan kaedah pembaikan yang betul, cermin kereta anda akan kembali dalam masa yang pantas. Selain itu, cermin yang dibaiki lebih kuat dan tahan lasak. Cermin yang bebas retak juga membuatkan pemanduan anda lebih jelas dan selamat.
Mengapa Pilih Kami
Harga Berpatutan
Di NS Auto Glass, anda tidak perlu risau dengan kos perbelanjaan untuk baiki cermin kereta kerana kami mengenakan caj yang boleh dianggap munasabah dan bersesuaian dengan kadar semasa.
Kemudahan Insurans
Reputasi NS Auto Glass selaku kedai baiki cermin kereta terbukti apabila kami dilantik sebagai panel tuntutan insurans mewakili pelbagai syarikat insurans terkemuka di Malaysia.
Servis Berkualiti
Para petugas kami yang bertauliah sentiasa berusaha bagi memastikan cermin kenderaan anda bebas daripada sebarang bentuk kerosakan sama ada keretakan, serpih atau sumbing, mahu pun kesan calar daripada pengelap cermin hadapan.
Perkhidmatan Sampingan
Tidak cukup dengan itu, kami juga turut menawarkan khidmat sewaan cermin sekiranya kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Baiki Cermin Kereta
Anda perlukan seseorang yang berpengalaman untuk baiki cermin kereta anda tanpa mengira masa? Jangan risau, NS Auto Glass yang boleh menjadi sumber rujukan utama anda. Kami sentiasa bersedia untuk menawarkan bantuan secara profesional kepada warga Setapak tetapi juga mereka yang tinggal di kawasan berhampiran seperti Sentul dan Danau Kota. Untuk makluman anda, kedai kami dibuka daripada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi sehinggalah 6 petang. Jadi, singgah lah ke NS Auto Glass dengan segera!