Kedai Baiki Cermin Kereta Shah Alam

Penjagaan Cermin Menyeluruh

Sejak dari awal penubuhannya, NS Auto Glass tidak pernah berhenti mengukuhkan status sebagai antara kedai cermin kereta Shah Alam terbaik. Para pemilik kenderaan peribadi serta komersil dijamin akan berpuas hati dengan bermacam-macam kelebihan yang kami tawarkan. Tidak cukup dengan memastikan setiap cermin ditambah baik melangkaui jangkaan, kami juga tekad melindungi jangka hayatnya secara berkala. Dengan bantuan para petugas kami yang bepengalaman luas, segala kemahuan anda pasti dipenuhi dengan mengambil kira pelbagai faktor dari awal hingga akhir.

Di NS Auto Glass, terdapat pelbagai perkhidmatan istimewa yang anda boleh harapkan daripada kedai baiki cermin kereta Shah Alam dengan reputasi cemerlang. Kami bersedia membantu anda mengendalikan proses pembaikan atau penggantian cermin hadapan kenderaan secara menyeluruh jika ia berdepan dengan sebarang kerosakan seperti sumbing atau retak. Anda juga boleh menarik nafas lega kerana kami memiliki kemampuan untuk memasang lapisan getah di sekeliling cermin agar ia lebih bersifat kalis air. NS Auto Glass ternyata lebih baik daripada kebanyakan kedai cermin kereta Shah Alam yang lain kerana kami tidak pernah memandang mudah soal keselamatan anda selaku pengguna kenderaan melalui pengawasan cermin dengan ketelitian tahap maksima.

Mengapa Pilih Kami

Harga Berpatutan

Di NS Auto Glass, anda tidak perlu risau dengan kos perbelanjaan untuk baiki cermin kereta kerana kami mengenakan caj yang boleh dianggap munasabah dan bersesuaian dengan kadar semasa.

Kemudahan Insurans

Reputasi NS Auto Glass selaku kedai baiki cermin kereta di Shah Alam terbukti apabila kami dilantik sebagai panel tuntutan insurans mewakili pelbagai syarikat insurans terkemuka di Malaysia.

Servis Berkualiti

Para petugas kami yang bertauliah sentiasa berusaha bagi memastikan cermin kenderaan anda bebas daripada sebarang bentuk kerosakan sama ada keretakan, serpih atau sumbing, mahu pun kesan calar daripada pengelap cermin hadapan.

Perkhidmatan Sampingan

Tidak cukup dengan itu, kami juga turut menawarkan khidmat sewaan cermin sekiranya kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Hubungi Kami

Sekiranya anda ingin menikmati manfaat daripada kedai baiki cermin kereta Shah Alam terbaik di pasaran, jadikan NS Auto Glass sebagai pilihan utama pada setiap masa!