Kedai Baiki Cermin Kereta Cheras

Melindungi Kenderaan Anda

Kewujudan NS Auto Glass sebagai salah sebuah kedai cermin kereta Cheras terkemuka menjanjikan pelbagai kemungkinan yang mengujakan buat para pemilik kenderaan, tak kira sama ada untuk kegunaan peribadi mahu pun komersil. Matlamat utama kami bukan sekadar untuk menambah baik setiap cermin seperti yang diharapkan malah memelihara keutuhannya secara berkala. Para petugas kami yang berkemahiran tinggi sentiasa bersiap siaga bagi memastikan segala kemahuan anda dituruti sebaik sahaja segala faktor penting mendapat pertimbangan sewajarnya. Inginkan perkhidmatan dari kedai baiki cermin kereta Cheras terbaik? Maka, NS Auto Glass adalah jawapannya!

Di premis perniagaan kami, anda boleh memilih sama ada untuk membaiki cermin hadapan kenderaan atau menggantikannya secara keseluruhan bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami. Jangan risau kerana setiap proses hanya akan dijalankan setelah kami menyelesaikan sesi perundingan dan saranan agar anda boleh membuat keputusan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemahuan peribadi. Apa yang membezakan NS Auto Glass dengan kebanyakan kedai cermin kereta Cheras yang lain ialah ketersediaan kami dalam memberikan bantuan secara terus dari rumah ke rumah jika anda mengalami sebarang kecemasan. Menarik, bukan?

Mengapa Pilih Kami

Harga Berpatutan

Di NS Auto Glass, anda tidak perlu risau dengan kos perbelanjaan untuk baiki cermin kereta kerana kami mengenakan caj yang boleh dianggap munasabah dan bersesuaian dengan kadar semasa.

Kemudahan Insurans

Reputasi NS Auto Glass selaku kedai baiki cermin kereta di cheras terbukti apabila kami dilantik sebagai panel tuntutan insurans mewakili pelbagai syarikat insurans terkemuka di Malaysia.

Servis Berkualiti

Para petugas kami yang bertauliah sentiasa berusaha bagi memastikan cermin kenderaan anda bebas daripada sebarang bentuk kerosakan sama ada keretakan, serpih atau sumbing, mahu pun kesan calar daripada pengelap cermin hadapan.

Perkhidmatan Sampingan

Tidak cukup dengan itu, kami juga turut menawarkan khidmat sewaan cermin sekiranya kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Hubungi Kami

Tidak banyak kedai baiki cermin kereta Cheras yang mampu menandingi prestasi NS Auto Glass. Apa tunggu lagi? Kunjungilah ibu pejabat kami dengan segera untuk maklumat lanjut!